Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.liung] | بليوڠ

Definisi : sj kapak yg matanya melintang (perkakas tukang kayu); bagai ~ dgn asahan prb sangat ikrab; bertemu ~ dgn ruyung prb kuat sama kuat (berani sama berani); hilang jasa ~, timbul jasa rimbas prb hilang jasa seseorang kerana orang lain; kilat ~ sudah di kaki, kilat pisau sudah ke tangan prb hujung kata atau kias perkataan itu dikenali oleh orang yg bijaksana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.liung] | بليوڠ

Definisi : sj alat yg matanya lebih kecil drpd mata kapak dan melintang letaknya (umumnya digunakan utk menarah atau utk menebang kayu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beliung

Puisi
 

Asah kapak tajam beliung,
     Tebang mari kayu berduri;
Tuanku umpama kemuncak payung,
     Patik di bawah berteduh diri.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Bertemu beliung dengan ruyung.

Bermaksud :

Bertemu dengan lawan yang sepadan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bersua baji dengan matan).

 

Lihat selanjutnya...(17)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Beliung yang besar hayun, kecil makannya.Besar cakap tetapi hasilnya sedikit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bertemu beliung dengan ruyung.Bertemu dengan lawan yang sepadan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bersua baji dengan matan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai beliung dengan asahan.Tidak pernah berpisah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kilat beliung sudah di kaki, kilat pisau sudah ke tangan, kilat cermin sudah ke muka.Orang yang bijaksana dengan mudah menangkap hujung kata atau kias seseorang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti beliung besar ayun, kecil makannya.Besar cerita daripada perbuatan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hilang jasa beliung, timbul jasa rimbas.Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kerbau punya susu, sapi punya nama, b. Kerbau sakit, sapi beroleh nama). rimbas = perkakas untuk penarah kayu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kapak menelan beliung.Yang baik ditukar dengan yang buruk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kecil-kecil beliung, tumbang juga kempas yang besar.Walaupun orang itu kecil tetapi dapat juga ia mengalahkan orang besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak gerun beliung memandang kampas besar tersergam tinggi.Orang yang kecil tetapi pintar tidak takut akan lawan yang besar. kampas = sejenis pohon kayu yang besar dan keras.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bersua beliung dengan sangkal.Sangat sesuai (kerana sefaham atau setujuan). sangkal = tangkai beliung.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas