Belum tentu si upik si buyungnya. | Belum ada keputusan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum tahu lagi, ayam sedang berlaga [= disabung], b. Belum tentu hilir mudiknya, c. Belum tentu hitam putihnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Cekur jerangau belum habis lagi. | Belum dewasa sudah hendak melawan orang tua; belum ada pengalaman. (Peribahasa lain yang sama makna: Cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belum tentu hitam putihnya. | Belum ada keputusan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum tahu lagi, ayam sedang berlaga [= disabung], b. Belum tentu hilir mudiknya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belum tuarang panjang, buah sengkuang sebesar betis. | Khabar angin yang dilebih-lebihkan. tuarang = musim kemarau. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belum tegak hendak berlari. | Melakukan sesuatu tidak menurut aturan yang biasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belum sekuku. | Amat sedikit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belum ditumbuk belumlah bengkak. | Apabila sudah berbudi barulah ada tanda balas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belum diajun sudah tertarung. | Baru hendak memulai sesuatu sudah mendapat kemalangan. (Peribahasa lain yang sama makna: Baru dianjur, sudah tertarung). ajun = maksud hendak (berbuat, berjalan dan sebagainya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belum betul membilang jari, sudah hendak berkuasa sendiri. | Hendak berlagak seperti orang tua-tua. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belum berkilat sudah berkilau, bulan sangkap tiga puluh. | Perkara yang sudah terang. sangkap = genap, cukup. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |