Karam tidak berair. | Mendapat bencana dengan tidak bersebab. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mati rusa kerana tanduknya. | Mendapat bencana kerana perbuatannya atau kerana sesuatu yang menjadi kemegahannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Mati kuang kerana bunyi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mati kuang kerana bunyi. | Mendapat bencana kerana perbuatannya atau kerana sesuatu yang menjadi kemegahannya, (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah mati kerana gadingnya, b. Kasturi mati kerana baunya, c. Mati rusa kerana jejak, mati kuau kerana bunyi, d. Mati rusa kerana tanduknya). kuang = burung kuau. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hulu malang pangkal celaka. | Permulaan segala bencana. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mati semut kerana gula (= manisan). | Mendapat bencana kerana bujukan atau kerana sesuatu yang menyenangkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Mati ikan kerana umpan, mati sahaya kerana budi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berbudi bagai pisang lebat. | Seseorang yang beroleh bencana kerana menggahkan dirinya. berbudi = maksudnya: mengggahkan diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Baik membawa resmi ayam betina, supaya tidak ada bencana. | Lebih baik merendahkan diri, supaya selamat dalam hidup. resmi = sifat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Raga menanti pecah. | Perkara kecil yang akan menimbulkan bencana yang lebih besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Retak menanti [= mencari, tanda akan] belah [= pecah]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mati rusa kerana jejak, mati kuau kerana bunyi. | Mendapat bencana kerana perbuatannya atau kerana sesuatu yang menjadi kemegahannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Mati kuang kerana bunyi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mati ikan kerana umpan, mati sahaya kerana budi. | Mendapat bencana kerana bujukan atau kerana sesuatu yang menyenangkan. sahaya = hamba. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |