| Benci akan mencit seekor, rengkiang disunu. | Sebab takut akan bahaya yang kecil keuntungan yang besar dibuangkan. mencit = tikus; rengkiang = lumbung; sunu = bakar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berulat mata melihat. | Sangat benci. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai melihat ulat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berbulu mata melihat. | Sangat benci. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai melihat ulat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai melihat ulat. | Sangat benci. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai anjing buruk kepala. | Orang yang sangat benci oleh masyarakat. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti anjing kepala busuk). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bunganya dipersunting, pangkalnya diberaki. | Seseorang yang gemar akan hak seseorang, tetapi benci kepada tuannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bunga dipetik, perdu ditendang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bunga dipetik, perdu ditendang. | Seseorang yang gemar akan hak seseorang, tetapi benci kepada tuannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |