Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ben.dul] | بندول

Definisi : 1. balak yg dipasang (memanjang) pd tiang rumah; lurus macam ~ ki sangat jujur; 2. = ~ pintu balak yg melintang di bawah pintu: ia melangkah ~ masuk ke dlm bilik tidur; ~ jendela rangka jendela; 3. = balai ~ sj balai tempat raja bermesyuarat: adapun sekarang Raja Muda ini hendak duduk di ~ kita, sementara mamak Bendahara dan Temenggung memperbuat istana; Pak Si B~ Pak Pandir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ben.dul] | بندول

Definisi : 1 balok kayu yg dipasang dr tiang ke tiang utk menegakkan rumah atau utk menutup lantai. 2 = ~ pintu balak yg dipasang melintang di bawah pintu. 3 = balai ~ balai di istana tempat raja bermesyuarat secara tidak rasmi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bendul

Puisi
 

Pisang raut di hujung bendul,
     Hendak meraut si bingkai balam;
Lautan dalam sebesar jambul,
     Tujuh buah kapal di dalam.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Orang yang selancaran alu,
     atap yang berjahit,
bendul bertekan.

Bermaksud :

Perkauman yang dekat menurut adat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Merantau ke hujung bendul.Pergi mencari penghidupan ke tempat yang tak berapa jauh. (Peribahasa lain yang sama makna: Merantau di sudut dapur).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Orang yang selancaran alu, atap yang berjahit, bendul bertekan.Perkauman yang dekat menurut adat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas