Seperti memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak. | Bersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah. (Peribahasa lain yang sama makna: Menarik rambut di dalam tepung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menarik rambut di dalam tepung. | Bersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menabur benih di tanah yang subur. | Berbuat baik kepada orang yang tahu berterima kasih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti benih baik di tanah subur. | Berbuat baik kepada orang yang tahu membalasnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau. | Yang baik itu biar di mana pun tempatnya akan tetap baik juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Asal ditugal, adalah benih. | Sesuatu usaha tentu ada hasilnya. tugal = melubangi tanah kebun dengan kayu akan tempat menanam benih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ular biar mati, tanah jangan lekuk, buluh jangan pukah. | Menyelesaikan sesuatu perkara (= menghukum, memperdamaikan) hendaklah dengan adil, sehingga kedua-dua belah pihak merasa puas hati. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menarik rambut di dalam tepung, b. Seperti memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak). (Bandingkan dengan: a. Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Apa tampangnya, itulah tumbuhnya. | Hasil sesuatu pekerjaan itu menurut ukuran usaha yang kita kerjakan. tampang = benih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |