Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.rair]/[ber.air] | براءير

Definisi : 1. mengandungi air (bkn kolam, sungai, buah-buahan, dll); 2. mengeluarkan air atau cecair; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.rair]/[ber.air] | براءير

Definisi : berisi air; mengeluarkan air: Telaga ini tidak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berair

Puisi
 

Naik bukit bermain angin,
     Makan buah serba rasa;
Sakit sungguh tinggal bermain,
     Makan kuah berair mata.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Karam tidak berair.

Bermaksud :

Mendapat bencana dengan tidak bersebab.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Berair kerongkongan.Mendapat rezeki. kerongkongan = pembuluh nafas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Karam tidak berair.Mendapat bencana dengan tidak bersebab.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Angus (hangus) tiada berapi, karam tiada berair.Menderita kesusahan kerana kematian atau kehilangan kekasih. (Peribahasa lain yang sama makna: Hanya tiada berapi, sejuk tiada berair).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hangat tiada berapi, sejuk tiada berair.Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis, b. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih, c. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas