| Gajah hendak berak besar, kita pun hendak berak besar juga. | Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah berak besar, kancil [= pelanduk] pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Siapa mengaku berak di tengah jalan? | Orang yang bersalah biasanya tidak mahu mengakui kesalahannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti orang berak di tengah jalan. | Terlalu pemalu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti ayam berak kapur. | Rupa pucat kerana menghidap penyakit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Gajah berak besar, kancil (= pelanduk) pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan. | Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa. kebebangan = tertahan; tidak dapat terus keluar; juga terbebang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Gajah lalu kumpai layu. | Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah berak besar, kancil [=pelanduk] pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan). kumpai = sebangsa rumput layu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Makan di luar berak di dalam. | Mengkhianati tempat mendapat perlindungan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Di mana makan di situ berak. | Berbuat jahat di tempat mencari rezeki. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |