Berani menjual berani membeli, berani pegang berani tanggung. | Barang siapa berani menganjurkan, harus berani mengerjakannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Barang siapa berani mengamang, tak dapat tidak berani melawan juga. | Berani berkata, tentulah berani berbuat. mengamang = menakut-nakuti. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anjing galak, babi berani. | Bertemu lawan yang sepadan; berani sama berani, keras sama keras. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berani hilang tak hilang, berani mati tak mati. | Siapa yang berani akhirnya akan menang juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berani kerana benar, takut kerana salah. | Bertindak kerana berada di pihak yang benar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Malu berani, mati takut. | Pengecut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tunggang hilang berani mati. | Tiada gentar menjalankan kewajipan, terutama untuk membela bangsa dan negara. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berani senduk pengedang, air hangat direnanginya. | Berani dengan membuta tuli. senduk pengedang = senduk pencedok air panas dari periuk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jika diturut hati yang geram, hilang takut timbul berani. | Sebacul-bacul orang apabila telah marah akan menjadi berani. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah (= mulia) bertabur urai, hendak berani berlawan ramai. | Hemat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |