Bersalai tidak berapi. | Perempuan yang belum bersuami, tetapi sudah mengandung. salai = dipanaskan atau dikeringkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bakar tak berapi. | Cinta tidak dengan sebenarnya; cinta dengan diam-diam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hangat tiada berapi, sejuk tiada berair. | Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis, b. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih, c. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Angus (hangus) tiada berapi, karam tiada berair. | Menderita kesusahan kerana kematian atau kehilangan kekasih. (Peribahasa lain yang sama makna: Hanya tiada berapi, sejuk tiada berair). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gantung tak bertali, salai tak berapi. | Isteri yang ditinggalkan suaminya tanpa diceraikan dan tanpa nafkah hidupnya. (Bandingkan dengan: a. Bergantung sehasta tali, b. Bergantung tidak bertali). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |