| Bak ajung berat sebelah. | Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai limau masam sebelah, b. Bagai perahu karam sebelah). ajung = jung, sebangsa kapal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Timbangan berat sebelah. | Tidak adil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Memijakkan betung sebelah. | Pendidikan yang berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai membelah betung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai membelah betung. | Pendirian yang berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Memijakkan betung sebelah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Limau masak sebelah, perahu karam sekerat. | Hukuman yang berat sebelah kerana memandang orang, kedudukan dan sebagainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai limau masam sebelah. | Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menimbang (= mengati) sama berat, mengukur sama panjang. | Hukuman yang tiada berat sebelah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai perahu karam sebelah. | Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai limau masam sebelah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |