Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.yun]/[ber.a.yun] | برايون

Definisi : , berayun-ayun berbuai(-buai), bergantung dan berbuai: budak-budak ~ pd dahan-dahan pokok yg rendah itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.yun]/[ber.a.yun] | برايون

Definisi : bergantung dan bergerak berbuai-buai; bergoyang ke sana ke mari: Ketika kecil-kecil dahulu, kami suka sekali ~ pd dahan rambai itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berayun

Puisi
 

Orang mengail di Alor Mat Pulih,
     Habis raga dimakan api;
Sana duk harap sini tak boleh,
     Buang tangga berayun kaki.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Mabuk kerana beruk berayun.

Bermaksud :

Gilakan wanita cantik yang tak mungkin didapat; asyik melihat sesuatu yang tidak berguna. (Bandingkan dengan: Dilengah [= dimabuk] beruk berayun).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Tolak tangga berayun kaki, peluk tubuh mengajar diri.Membuang kehidupan yang sudah senang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mabuk kerana beruk berayun.Gilakan wanita cantik yang tak mungkin didapat; asyik melihat sesuatu yang tidak berguna. (Bandingkan dengan: Dilengah [= dimabuk] beruk berayun).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dilengah (= dimabuk) beruk berayun.Asyikkan sesuatu yang tidak ada gunanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Dirintang siamang berbuai). (Bandingkan dengan: Mabuk kerana beruk berayun).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dirintang siamang berbuai.Asyikkan sesuatu yang tidak ada gunanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Dilengah [= dimabuk] beruk berayun).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Nan berseluk urat, nan berjumbai akar, nan berlambai pucuk.Kaum keluarga itu sekalipun sudah berjauhan tetapi perhubungan masih tetap ada. seluk = lilit, belit; lambai = berayun-ayun turun naik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas