| Dipanggang tiada hangus. | Selamat dalam menempuh berbagai-bagai percubaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Adat muda menanggung rindu. | Orang hidup harus menanggung berbagai-bagai percubaan (senang, susah, sakit dan sebagainya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai tanduk diberkas. | Sangat susah hendak menyatukan orang-orang yang berbagai-bagai fikirannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai mengepal pasir kering). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pusat jala pumpunan ikan. | Menjadi tempat tumpuan atau menjadi pusat berbagai-bagai hal. pumpunan = tempat berkumpul. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Adat tua menahan ragam. | Orang tua-tua terpaksalah menahan (menderita) berbagai-bagai godaan yang tak menyenangkan hati kerana perbuatan anak cucunya yang tiada berjalan di atas kebenaran. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai mengepal pasir kering. | Sangat susah hendak menyatukan orang-orang yang berbagai-bagai fikirannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Satu pintu kalau tertutup, sepuluh pintu lagi terbuka. | Sesuatu perkara yang tak dapat dirahsiakan lagi; berbagai-bagai macam jalan dan usaha mencari rezeki. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |