Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ba.ha.ya] | بربهاي

Definisi : boleh mendatangkan bahaya, dlm (terancam oleh) bahaya: janganlah dikerjakan pekerjaan yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ba.ha.ya] | بربهاي

Definisi : ada bahayanya: Jangan kamu pergi mandi-manda di lombong-lombong kerana itu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbahaya

Peribahasa

Melangkahi ular.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu yang sangat berbahaya.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Pipit tuli makan berhujan, tak ditahan (dihalau) padi habis, hendak (= bila) dihalau kain basah.Serba salah jika berurusan dengan orang yang degil: jika dibiarkan jadi rosak, jika ditegur tiada diikuti; serba salah di dalam sesuatu pekerjaan yang sulit, dikerjakan berbahaya, tak dikerjakan berbahaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Melangkahi ular.Melakukan sesuatu yang sangat berbahaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bergantung di hujung kuku.Dalam keadaan yang sangat berbahaya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bergantung [di] rambut sehelai).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bergantung (di) rambut sehelai.Dalam keadaan yang sangat berbahaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Nyawa bergantung di hujung kuku (= rambut).Dalam keadaan yang sangat berbahaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Katib (khatib) lalu katib (khatib) mati, bilal lalu bilal mati.Tempat yang berbahaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.Untung-untungan dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang berbahaya dan sebagainya; tidak ada orang yang dapat menghindari nasibnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laksana lembu dogol (= dungkul), tak boleh ditanduk hanya (= cuma) disondol.Orang yang suka menggertak (mengancam) tetapi tidak berbahaya. dogol = tidak bertanduk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau tak takut akan mati, tak sedunia perang; kalau tak takut akan alah, tak sedunia sabung.Berperang dan menyabung merupakan pekerjaan yang amat berbahaya tetapi digemari orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas