Berkelahi di hujung batang, berbaik di pangkal batang. | Orang berkelahi atau bertengkar yang akhirnya berbaik kembali. (Bandingkan dengan: Biduk lalu kiambang bertaut). (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biduk lalu kiambang bertaut. | Dua pihak yang berselisih akan berbaik kembali bila pengacum telah tersingkir. (Bandingkan dengan: Berkelahi di hujung batang, berbaik di pangkal batang). (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak. | Dua pihak yang berselisih akan berbaik kembali bila pengacum telah tersingkir. (Peribahasa lain yang sama makna: Biduk lalu kiambang bertaut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Cencang air tidak putus, pancung abu tak berbekas. | Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga. | Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga. | Jangan ikut campur dalam perselisihan orang bersaudara, apabila mereka berbaik kembali, kita akan tersisih ke tepi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |