Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ba.li/] | برباليق

Definisi : 1. berubah arah: perkataannya ~; 2. menjadi berubah duduknya atau letaknya (yg di muka menjadi di belakang, yg di bawah menjadi di atas, dll): keretanya ~ kerana kemalangan jalan raya; 3. berpusing kembali, berpaling: ia ~ melihat isterinya; 4. kembali (ke tempat semula, ke rumah, dll): hamba hendak ~ ke Bentan; 5. ki merujuk kembali (kpd), mengarahkan (menumpukan) kembali perhatian (kpd sesuatu): cara mereka menghubungkan sastera dgn masyarakat adalah berbeza-beza, iaitu ~ kpd ideologi dan sikap masing-masing; ~ hati berubah pendirian; ~ mudik = ~ muka a) bertukar haluan (fikiran dll); b) berubah pihak, membelot; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ba.li/] | برباليق

Definisi : 1 bertukar atau mengubah arah dr yg dituju kembali ke arah asalnya; berpaling arah; berpatah balik: Setelah sampai separuh jalan, ia ~ mengambil begnya yg tertinggal di rumah. 2 berubah ke bentuk asalnya: Jika wap air disejukkan, maka wap itu akan ~ menjadi air. 3 timbul atau datang kembali (bkn penyakit). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbalik

Puisi
 

Daun mempelas berbalik-balik,
     Orang berdagang di pintu kota;
Tidaklah belas melihat adik,
     Duduklah berendam si air mata.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Hujan berbalik ke langit.

Bermaksud :

Orang berkuasa minta pertolongan kepada orang yang lemah.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Berbalik-balik bagai kuda tercirit.Perkara yang sudah diputuskan, kemudian ditimbulkan kembali.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hujan berbalik ke langit.Orang berkuasa minta pertolongan kepada orang yang lemah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bunga kembang berbalik kuncup.Seseorang yang mulanya menurut kehendak kita, tetapi kemudiannya ia ingkar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sungkal tak berbalik, unggun padam bara.Pekerjaan yang tidak berfaedah baik dikerjakan ataupun tidak. sungkal = pengunjam tenggala.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dicukur-cukur rambut, tumbuh juga semula.Tabiat jahat lambat-laun akan berbalik semula.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Senjata makan tuan.Berbuat sesuatu dengan maksud untuk mencelakakan orang tetapi berbalik mengenai diri sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lurus-lurus ekor anjing, walau bagaimanapun ada juga bengkoknya.Orang yang sudah biasa berbuat jahat itu sekali-sekali akan berbalik juga hatinya hendak berbuat jahat. (Lihat juga: a. Betapapun lurus paku, hujungnya berbentuk juga, b. Betul, betul ekor anjing; walau bagaimanapun ada juga bengkoknya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas