| Dijual sayak, dibeli tempurung. | Yang baru tidak berbeza daripada yang lama. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Rebung tidak jauh dari rumpun. | Tabiat anak tak akan jauh berbeza dengan orang tuanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kalau sesangkar sekalipun, yang bayan itu bayan juga; serindit, serindit juga. | Manusia itu tetap berbeza, sekalipun berasal daripada satu keluarga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Nyiur setandan tetapi berlain-lain jadinya. | Walaupun anak-anak itu daripada seibu sebapa tetapi tabiatnya jauh berbeza. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |