Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bi.ca.ra] | بربيچارا

Definisi : 1. bercakap: dia membiarkan sahaja suaminya itu ~; 2. bermesyuarat: keputusan itu dicapai selepas mereka ~; 3. mengemukakan pendapat (fikiran dll): ~ tentang syair Melayu, Dr. C. Hooykaas mengatakan bahawa rupa sajak ini ketara asli; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bi.ca.ra] | بربيچارا

Definisi : 1 mengeluarkan kata-kata; bercakap: Ia meminta suaminya saja yg ~ dlm pertemuan itu. 2 bermesyuarat utk mendapatkan persetujuan dsb; berunding: Lama juga mereka ~ ttg syarikat kerjasama Syamelin. 3 berbahas dlm mahkamah utk menegakkan kebenaran. 4 mengeluarkan pendapat atau fikiran: Di negara demokrasi, rakyat bebas utk ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbicara

Peribahasa

Hati orang yang bodoh itu di mulutnya,
     dan lidah orang yang cerdik itu di belakang hatinya.

Bermaksud :

Orang bodoh berbicara tanpa perhitungan, orang pandai berfikir sebelum berkata-kata.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Tiap gila tiap berkongkong; tiap mandi tiap bergosok.Orang yang berperkara (berbicara di mahkamah), tiap kali perkara dimajukan tiap kali dibayar wang mejanya. kongkong = kayu belenggu orang gila.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hati orang yang bodoh itu di mulutnya, dan lidah orang yang cerdik itu di belakang hatinya.Orang bodoh berbicara tanpa perhitungan, orang pandai berfikir sebelum berkata-kata.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas