Berbuat kerja seperti yajud wa majud. | Seseorang yang bekerja setengah jalan kerana malas atau kerana kesibukannya. yajud wa majud = suku bangsa yang akan membinasakan dunia apabila telah hampir kiamat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berbuat kerja seperti Mak Judai. | Selalu membengkalaikan pekerjaannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagaimana ditanam, begitulah dituai. | Berbuat jahat dibalas jahat; berbuat baik dibalas baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada ubi ada talas, ada budi ada balas. | Berbuat baik dibalas baik, berbuat jahat dibalas jahat; tiap-tiap aksi ada reaksinya. (Bandingkan dengan: Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berbuat di alang tahun, belayar di luar musim. | Mengerjakan sesuatu bukan pada waktunya. alang = tengah-tengah; berbuat = maksudnya: turun ke sawah atau ke ladang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan tercirit di periuk. | Jangan berbuat angkara pada tempat kita menumpang; jangan berbuat jahat kepada orang yang telah menolong kita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anak harimau jangan dibela pelihara. | Jangan berbuat baik dengan orang yang suka berbuat jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Siapa sakit, siapa menyiuk. | Yang merasa tersindir, dialah yang berbuat pekerjaan yang disindirkan itu; yang berbuat salah akan merasa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Siapa luka siapa menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh, b. Siapa makan cabai [= lada], ialah berasa pedas [= kepedasan]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Siapa makan cabai (= lada), ialah berasa pedas (= kepedasan). | Yang merasa tersindir, dialah yang berbuat pekerjaan yang disindirkan itu; yang berbuat salah akan merasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Siapa luka siapa menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Siapa luka siapa menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh. | Yang merasa tersindir, dialah yang berbuat pekerjaan yang disindirkan itu; yang berbuat salah akan merasa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Barang siapa yang berketuk, ialah yang bertelur, b. Siapa berkotek, siapa bertelur). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |