Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.da.ya] | برداي

Definisi : 1. mempunyai tenaga, bertenaga, berupaya: mereka sudah terlalu keletihan dan tidak ~ lagi; 2. mempunyai kemampuan (keupayaan): aku tidak ~ membalas budi­nya; tujuannya supaya kita berdisiplin, ber­sistem dan ~ menyelesaikan sesuatu per­soalan yg rumit; 3. mempunyai muslihat (fikiran, ikhtiar); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.da.ya] | برداي

Definisi : bertenaga; berupaya; mampu: Samad tidak ~ hendak mengangkat peti itu. Dia tidak ~ hendak membayar hutang-hutangnya (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdaya

Peribahasa

Habis tenggang dan (= dengan) kelakar.

Bermaksud :

Tidak berdaya lagi.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Biduk upih pengayuh bilah.Tiada berdaya akan mengerjakan sesuatu pekerjaan kerana kekurangan alat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Habis tenggang dan (= dengan) kelakar.Tidak berdaya lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti mayat ditegakkan.Pucat dan tidak berdaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti ikan kena tuba.Sudah tidak berdaya lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidak terkayuhkan lagi biduk hilir.Tidak berdaya lagi, sudah lemah benar. berbiak = basah. (Peribahasa lain yang sama makna: Tidak terindang dedak, berbiak lagi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidak terindang dedak, berbiak lagi.Tidak berdaya lagi, sudah lemah benar. berbiak = basah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai pucuk pisang didiang.Lemah sekali; tiada berdaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tiada terbawa sekam segantang.Sangat lemah; tidak berdaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai ayam mabuk tahi.Pucat lesi dan tidak berdaya sebab sakit dan kurang darah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak akan lebih jengkal daripada jari.Tidak akan berdaya seseorang itu berbuat lebih daripada kesanggupannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas