Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.de.rai] | بردراي

Definisi : berderai-derai 1. ber-lanjutan atau berpanjangan dgn tidak teratur: sesekali terdengarlah gelak ketawa ~ drpd anak-anak muda yg sedang belajar bersilat; kita tidak mahu berkokok ~-derai sedangkan ekor bergelumang tahi; 2. dgn banyak dan tidak menentu (bkn buah, daun, dll yg gugur atau jatuh ke tanah); 3. berduyun-duyun dgn tidak teratur, berderet-deret tetapi tidak dgn teratur (bkn orang ramai yg meninggalkan sesuatu tempat): orang berderai-derai keluar dr gereja; 4. berbiji-biji, berbutir-butir, hancur atau pecah halus-halus (bkn tanah dll): buah bidara dlm bakul itu jatuh ~ ke tanah; ketul-ketul tanah itu hancur ~ dlm genggamannya; 5. (jatuh) bertitik-titik (bkn air mata dll), me­nitis (titik demi titik): bila tersentuh, air yg bermanik-manik itu jatuh ~ ke bumi; kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi prb orang yg bercakap besar sedang ke­luarganya melarat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.de.rai] | بردراي

Definisi : berderai-derai berbunyi spt bunyi air (hujan) yg jatuh menitik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.de.rai] | بردراي

Definisi : 1 gugur (bkn daun, buah dll) dgn banyak atau dgn tidak menentu. 2 berlanjutan atau berpanjangan dgn tidak teratur (bkn tertawa atau kokok): Mereka tertawa ~ melihat telatah badut dlm televisyen. 3 berbutir; berbiji; hancur: Mengapa nasi ini ~ saja? Tanah di situ ~ kerana kekurangan air. 4 bertitik-titik (air mata dll): Air matanya jatuh ~ kerana terlalu sedih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berderai

Puisi
 

Sudah berdebu berderai pula,
     Berderai sampai ke kota raja;
Sudah bertemu bercerai pula,
     Tinggallah tuan cahaya mata.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Dilihat si pulut,
     ditanak berderai.

Bermaksud :

Kelihatan seperti orang kaya, tetapi yang sebenarnya miskin.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi.Seseorang yang cakapnya tinggi tetapi keluarganya dalam kemelaratan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor bergelimang tahi). bergelumang = kotor berlumur.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dilihat si pulut, ditanak berderai.Kelihatan seperti orang kaya, tetapi yang sebenarnya miskin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor bergelimang tahi.Seseorang yang cakapnya tinggi tetapi keluarganya dalam kemelaratan. tombong = sombong.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau digali tanah berbingkah, tanah berderai yang akan bertemu.Sesuatu perselisihan dalam kalangan keluarga, usahlah dicari siapa yang benar dan siapa yang salah, tetapi carilah jalan untuk menyelesaikannya dengan baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas