Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.di.kit.di.kit] | برديکيت - ديکيت

Definisi : 1. sedikit demi sedikit: wang­nya telah dikumpulkan secara ~; 2. ber­­hemat, ber­hati-hati (bkn wang dll): mereka boleh hidup sederhana dgn ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.di.kit.di.kit] | برديکيت - ديکيت

Definisi : 1 sedikit demi sedikit: Hartanya dikumpulkan ~. 2 berhati-hati atau berhemat (bkn wang dll): Dia membelanjakan wangnya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdikit-dikit

Peribahasa

Hendak kaya berdikit-dikit,
     hendak tuah (= mulia) bertabur urai,
hendak berani berlawan ramai.

Bermaksud :

Hemat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Berdikit-dikit, lama-lama menjadi bukit.Cermat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah (= mulia) bertabur urai, hendak berani berlawan ramai.Hemat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai.Jimat dan cermat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengunggis tebu tak bergigi, jahanam gusi.Melawan musuh yang kuat tanpa syarat, tentulah membinasakan diri sendiri. unggis = memakan dengan menggigit berdikit-dikit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Geneng di tengah lebuh, tahan galah bersijingkat; geneng di tengah medan (gelanggang), tahan taruh di ayam kuyu.Menunjukkan gagah kepada orang terpaksalah mengeluarkan wang untuk menolong ataupun untuk perjamuan makan minum. (Bandingkan dengan: Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah [= mulia] bertabur urai, hendak berani berlawan ramai). geneng = gagah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas