Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berenang;

Puisi
 

Anaklah tikus mati berenang,
     Mati berenang dalam perahu;
Kasihlah putus hati mengenang,
     Di dalam hati siapakan tahu.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Hendak belajar berenang dapatkan itik,
     hendak belajar memanjat dapatkan tupai.

Bermaksud :

Hendak mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang yang ahli dalam perkara itu.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Itik berenang dalam air (= di laut) mati kehausan.Menderita kesusahan meskipun banyak wang atau berpangkat tinggi. (Biasa juga: Itik di air mati kehausan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai.Hendak mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang yang ahli dalam perkara itu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Itik diajar berenang.Membuat pekerjaan yang sia-sia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengajar buaya berenang.Mengajar orang yang telah pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memperjuali orang Cina penjahit, b. Orang tua diajar makan pisang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air dalam, berenang (= berkumbah); air dangkal, bercebok.Sesuaikanlah perbelanjaan menurut keadaan penghasilan kita. kumbah = mencuci dalam air.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak usah itik diajar berenang.Orang yang sudah tahu tak perlu diajar. (Peribahasa lain yang sama makna: Tak diajar anak buaya berenang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ada sampan hendak berenang.Sengaja bersusah payah. (Bandingkan dengan: Ada biduk, serempu pula).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian.Supaya mendapat kesenangan kelak, harus berani bersusah payah dahulu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kerap sang berudu hendak berenang di laut lebar, awak masih juga di kubangan.Menghendaki sesuatu yang mustahil diperoleh atau terjadi. berudu = anak katak yang masih sebagai ikan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak usah diajar anak buaya berenang.Orang yang sudah tahu tak perlu diajar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas