| Sepuluh kali ukur, sekali kerat. | Berfikir masak-masak sebelum berbuat sesuatu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Perut kosong penggilap otak. | Lapar menyebabkan orang berfikir. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Diam-diam ubi berisi, diam besi (= penggali) berkarat. | Pendiam tetapi berfikir atau banyak pengetahuan; bekerja dengan diam-diam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Duduk seperti kucing, melompat seperti harimau. | Orang pendiam yang tangkas bekerja dan berfikir. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti pucuk pohon ru; ke mana ditiup angin ke situlah melentur. | Tidak tahu berfikir sendiri, senantiasa mengikut kemahuan orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hati orang yang bodoh itu di mulutnya, dan lidah orang yang cerdik itu di belakang hatinya. | Orang bodoh berbicara tanpa perhitungan, orang pandai berfikir sebelum berkata-kata. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |