Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit. | Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai si buta pergi bergajah. | Pekerjaan yang sia-sia. bergajah = menangkap gajah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai si kudung pergi berbelut. | Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai si buta pergi bergajah). berbelut = menangkap belut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah. | Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit, b. Gajah berjuang sama gajah, pelanduk [= kancil] mati di tengah-tengah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gajah berjuang sama gajah, pelanduk (= kancil) mati di tengah-tengah. | Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit). (Bandingkan dengan: Dua ekor gajah berjuang, seekor kancil mati tersepit di tengah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |