Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.gan.ti] | برݢنتي

Definisi : bertukar, berubah, beralih menjadi; ~ nama bertukar namanya; ~ pakaian bertukar pakaian; hari (minggu, bulan, tahun) ~ hari (minggu, bulan, tahun) selepas hari dll ini hari dll kemudiannya pula; satu ~ satu satu demi satu bertukar, bergiliran; silih ~ = saling ~ = ganti-~ bergilir-gilir atau bertukar-tukar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.gan.ti] | برݢنتي

Definisi : 1 berubah menjadi lain; bertukar kpd yg lain: Cuaca yg terang ~ kelam. 2 bertukar dgn yg lain: Bajunya yg bertampal-tampal itu tidak pernah ~. ~ nama berubah namanya. ~ tikar berkahwin dgn kakak atau dgn adik isteri yg telah meninggal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berganti

Puisi
 

Pecah takar berganti takar,
     Tempat minum si burung nuri;
Bisa ular tidakkan tawar,
     Walau menyorok di akar berduri.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Habis kapak berganti beliung.

Bermaksud :

Sangat rajin bekerja.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Silih berganti bagai ombak di tepi pantai.Kehidupan yang tiada tetap.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Habis kapak berganti beliung.Sangat rajin bekerja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hilang pelanduk berganti kijang emas.Perempuan yang bercerai daripada suaminya yang hina kemudian kahwin dengan seorang lelaki yang mulia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kain sehelai berganti-ganti.Suami isteri yang miskin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lepas bantal berganti tikar.Kahwin dengan saudara atau keluarga isteri yang sudah meninggal.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memakai dunia berganti-ganti; yang hidup sesarkan mati, dengan mati itu bernanti-nanti.Keturunan yang tiada putus-putus. sesarkan = dalam peribahasa ini maksudnya gantikan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Patah tumbuh, hilang berganti.Terus menerus ada gantinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jatuh dihimpit tangga.Mendapat kesusahan silih berganti.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berbukit di balik pendakian.Kesusahan yang silih berganti.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kemudi patah perahu tembuk.Kemalangan yang silih berganti.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas