Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.gi.gi] | ب‌رݢي‌ݢي

Definisi : mempunyai gigi; tidak ~ a) tidak mempunyai gigi; b) tidak berkuasa; belum ~ hendak mengunyah prb hendak mengerjakan sesuatu padahal belum cekap lagi; belum ~ sudah hendak menggigit prb hendak berkuasa padahal belum lagi mempunyai kekuasaan; mengunyahkan orang ~ prb mengajar orang yg sudah tahu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergigi

Puisi
 

Asuklah hitam bergigi emas,
     Ekor dia lilit ke sawa;
Tubuhnya hitam kupeluk kemas,
     Rasa memeluk intan gemala.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Belum bergigi hendak mengunyah.

Bermaksud :

Hendak melakukan sesuatu tetapi alat syaratnya belum ada.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Belum bergigi sudah hendak menggigit.Belum berkuasa sudah berangan-angan untuk menindas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belum bergigi hendak mengunyah.Hendak melakukan sesuatu tetapi alat syaratnya belum ada.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengunyahkan orang bergigi.Mengajar (memberitahu) orang yang sudah tahu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bila kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi.Apabila orang yang ditakuti sudah tidak berkuasa lagi, maka orang-orang pun berleluasalah melakukan sekehendak hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengunggis tebu tak bergigi, jahanam gusi.Melawan musuh yang kuat tanpa syarat, tentulah membinasakan diri sendiri. unggis = memakan dengan menggigit berdikit-dikit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belum berkuku hendak mencubit (= menggaruk).Belum berkuasa sudah berangan-angan untuk menindas. (Peribahasa lain yang sama makna: Belum bergigi sudah hendak menggigit).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas