Daunnya jatuh melayang, buahnya jatuh ke pangkal juga. | Orang yang tiada berbudi pekerti jika banyak pengetahuannya sekalipun, akan ketahuan juga; yang berguna tinggal yang tak berguna terbuang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana antah lemukut (= melukut), lapar sangat baru berguna. | Sesuatu yang tiada berharga dan kurang baik, tetapi kalau sudah kekurangan akan berguna juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hitam-hitam tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang. | Barang yang buruk tetapi berguna, disimpan; barang yang cantik tetapi tidak berguna, dibuang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti antah lemukut, berguna dilapar perut. | Barang yang tidak berharga tetapi dalam keadaan terdesak terpaksa digunakan juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tiada rotan, akar pun berguna (= jadi). | Kalau tiada yang baik, maka yang kurang baik pun boleh juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tercabut lidah mati. | Tiada berguna mempercakapkan orang yang jahat, sebab ia tetap juga dengan kejahatannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Manikam sudah menjadi sekam. | Tidak berguna lagi; tidak berharga lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebagai petai sisa pengait. | Tak berguna sedikit juga. (Bandingkan dengan: Kulai-balai bagai petai sisa pengait [= dikait]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi. | Kerana sudah mendapat yang lebih baik, yang lama atau yang kurang baik dibuang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. | Fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu supaya jangan menyesal. (Peribahasa lain yang sama makna: Berkelahi dulu pendapatan, berkelahi kemudian kerugian). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |