Yang disangka tidak menjadi, yang diam boleh ke dia. | Orang lain yang berikhtiar, orang lain pula yang memungut hasilnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kita membawa jarum, dia menyambut dengan gunting. | Kita menunjuk jalan supaya bersatu padu, dia berikhtiar supaya berpecah belah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tua-tua penyakit, muda ubat; sesudah tersepit baru tahu akan sifat. | Sesudah menderita kecelakaan, baru berikhtiar atau berunding hendak melepaskan diri daripada kecelakaan itu. (Peribahasa lain yang sama makna: Sudah kalah baru berkubu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |