Pada sangka pohon beringin, kiranya tersandar di punggur lapuk. | Pada sangka beristeri (bersuami) orang kaya, kiranya beristeri (bersuami) orang miskin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lapuk oleh kain sehelai. | Beristeri atau bersuami hanya seorang saja, tidak bercerai-cerai dan tidak diduakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak bersunting bunga mala. | Hendak beristeri perempuan tua. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tidur di kasur. | Mendapat kesenangan; beristeri orang kaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak bersunting bunga yang belum diseri kumbang. | Hendak beristeri anak gadis. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah memakai adat. | Dikatakan kepada pemuda yang sudah beristeri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ibarat gasing: berpaku tetap berpusing, tak berpaku merayau. | Lelaki yang sudah beristeri, biar bagaimanapun ia berjalan namun ia tetap akan kembali ke rumahnya juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Padi selumbung dimakan orang banyak. | Fikiran isteri daripada seorang suami yang beristeri dua tiga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Alangkan baik (= elok) berbini tua, perut kenyang pengajaran (= pemanja) datang. | Orang beristeri tua biasanya beroleh kesenangan kerana disayangi oleh isterinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kain lama dicampak buang, kain baru pula dicari. | Menceraikan isteri kerana sudah jemu, kemudian beristeri lain pula; buang kawan lama cari kawan baru. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |