Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ja.sa] | برجاس

Definisi : 1. berbuat kebaikan (kpd negara dll), berbakti; 2. berhasil, berfaedah, berharga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ja.sa] | برجاس

Definisi : 1 berbuat kebaikan kpd negara atau orang lain; berbakti: Perajurit-perajurit banyak ~ kpd negara. 2 berhasil; berfaedah: ~ kalau kita menanam modal dlm Amanah Saham Nasional. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jasa (kata nama)
Bersinonim dengan pekerjaan baik, bakti, khidmat, kebajikan;,
Kata Terbitan : berjasa,

Peribahasa

Jadi alas cakap.

Bermaksud :

Hadiah kepada orang yang berjasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Akan pembasuh kaki [= tangan]).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa (= berfaedah).Berbuat baiklah semasa masih hidup untuk diri sendiri dan untuk masyarakat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jadi alas cakap.Hadiah kepada orang yang berjasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Akan pembasuh kaki [= tangan]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Akan pembasuh kaki (= tangan).Hadiah kepada orang yang berjasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Jadi alas cakap).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mati gajah meninggalkan gading, mati manusia meninggalkan nama.Orang kaya mati meninggalkan harta, orang alim meninggalkan ilmunya dan orang berjasa meninggalkan nama yang baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mati di sisi yang hidup, hidup di sisi yang mati.Orang jahat yang telah menghilangkan diri dianggap seperti orang yang sudah mati; orang berjasa yang meninggal dunia dianggap masih hidup juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas