Alang berjawab, tepuk berbalas. | Baik dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan jahat. alang = pemberian, hadiah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kata berjawab, gayung bersambut. | Serangan ditangkis, kata dijawab; baik dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Gayung bersambut, kata berjawab). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gayung bersambut, kata berjawab. | Serangan ditangkis, kata dijawab; baik dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan jahat. gayung = pukulan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tepuk berbalas, alang berjawab. | Jahat dibalas dengan jahat, baik dibalas dengan baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Alang dijawat, tepuk dibalas. | Baik dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Alang berjawab, tepuk berbalas). jawat = terima. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |