Patah tongkat berjermang (= bertelekan). | Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah dihubung, hilang diganti, b. Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan, c. Patah sayap bertongkat paruh). jermang = kayu pendek untuk menopang perahu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan. | Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah dihubung, hilang diganti, b. Patah sayap bertongkat paruh, c. Patah tongkat berjermang [= bertelekan]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Patah dihubung, hilang diganti. | Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan, b. Patah sayap bertongkat paruh, c. Patah tongkat berjermang [= bertelekan]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |