Bertukar jiwa dengan semangat. | Sedang berkasih-kasihan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebagai aur dengan tebing. | Suami isteri yang sangat berkasih-kasihan; persahabatan yang sangat karib. (Bandingkan dengan: Bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur). (Peribahasa lain yang sama makna: Sepantun kasau dengan bubungan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sepantun kasau dengan bubungan. | Suami isteri yang sangat berkasih-kasihan; persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagai aur dengan tebing). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bersarak serasa hilang, bercerai serasa mati. | Sangat rindu; sangat berkasih-kasihan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjarak serasa hilang, bercerai serasa mati). sarak = pisah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berjarak serasa hilang, bercerai serasa mati. | Sangat rindu; sangat berkasih-kasihan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Muat tebu di haluan, muat halia di buritan. | Waktu berdepan berkasih-kasihan, bila di belakang berdengki-dengkian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tidak dapat diungkit dengan besi hangat. | Dua orang yang amat berkasih-kasihan yang tak dapat dipisahkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai inai dengan kuku. | Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai empedu lekat di hati). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai lesung dengan antan. | Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai empedu lekat di hati, b. Bagai inai dengan kuku, c. Bagai kuku dengan isi [= daging]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hitam mata itu takkan boleh bercerai dengan putihnya. | Orang yang sedang berkasih-kasihan tak dapat dipisahkan satu sama lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |