Berkata-kata dengan lutut. | Berkata-kata dengan orang yang bodoh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mulut hang lebih daripada gedembai. | Berkata-kata dengan tak ada batasnya kerap kali mencelakakan diri sendiri. hang = engkau; gedembai = gergasi, raksasa yang mengubah orang menjadi batu kalau kena tegurannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menggerutus macam buluh di perun. | Berkata-kata dengan cepat. gerutus = bagai bunyi dibakar; perun = bakar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berbunyi batu berbunyilah dia. | Tidak dapat berkata-kata kerana tembelangnya sudah pecah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti kena pembungkam. | Terdiam tak dapat berkata-kata. pembungkam = hikmat cuca yang membuat orang bingung dan tiada dapat membuka mulut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mulut kamu harimau kamu, mengerkah batu kepala kamu. | Berkata-kata dengan tak ada batasnya kerap kali mencelakakan diri sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Mulut hang lebih daripada gedembai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ayam yang tangkas di gelanggang. | Orang yang pandai berkata-kata di dalam majlis. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebagai orang mencacak tonggak saja. | Masing-masing diam tidak berkata-kata. mencacak = berdiri tegak lurus. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mulut tempayan bagaimana menjahitnya. | Tidak dapat dilarang seseorang itu daripada berkata-kata. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Siapa cerdik tinggi naik, siapa calak menang berhitung. | Orang yang pandai berkata-kata, meskipun bersalah, dipercayai orang jua. calak = banyak cakap; berhitung = berunding. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |