Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.la.kuan] | برکلاکوان

Definisi : membuat laku, berperangai, bertabiat: aku berasa malu seorang dr kampungku ~ begitu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.la.kuan] | برکلاکوان

Definisi : berperangai; bertabiat: Kamu mestilah ~ baik, sama ada di sekolah ataupun di rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laku (adjektif)
1. Dalam konteks wang
bersinonim dengan sah, boleh digunakan,

2. Bersinonim dengan laris: terjual, dikehendaki, larap,

Kata Terbitan : selaku, berlaku, melakukan, memperlakukan, kelakuan, berkelakuan, pelaku,

Peribahasa

Bertunjang kayu ara,
     bertunjang pula mali-mali.

Bermaksud :

Orang miskin yang berkelakuan seperti orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkerbau seperempat ekor, berkandang sebagai orang, b. Bersawah seperempat piring, ke sawah sama dengan orang). mali-mali = sebangsa tumbuhan yang mempunyai tunjang juga.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Berkerbau seperempat ekor, berkandang sebagai orang.Orang miskin yang berkelakuan seperti orang kaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bertunjang kayu ara, bertunjang pula mali-mali.Orang miskin yang berkelakuan seperti orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkerbau seperempat ekor, berkandang sebagai orang, b. Bersawah seperempat piring, ke sawah sama dengan orang). mali-mali = sebangsa tumbuhan yang mempunyai tunjang juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bersawah seperempat piring, ke sawah sama dengan orang.Orang miskin yang berkelakuan seperti orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: Berkerbau seperempat ekor, berkandang sebagai orang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tebu takkan pahit rasanya.Orang yang sungguh-sungguh baik tidak akan berkelakuan jahat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Membuat tergigit (= tercabut) lidah.Memberi nasihat yang sia-sia kepada orang yang berkelakuan jahat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Rambut sudah dua macam, lagi juga berbanyak ragam.Orang tua atau setengah umur berkelakuan seperti orang muda-muda.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagaimana tidak menggigit telunjuk, melihat air hujan turun keruh.Hairan melihat orang yang berketurunan baik-baik berkelakuan tidak senonoh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas