Katak ditimpa kemarau. | Berkeluh kesah dengan tidak keruan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti kucing biang. | Berkeluh kesah tak tentu sebab. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti kodok ditimpa kemarau). biang = induk atau gatal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti ombak membanting diri. | Berkeluh-kesah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti kucing keguguran anak. | Berkeluh kesah tak tentu sebab. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti kodok ditimpa kemarau, b. Seperti kucing biang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti kodok ditimpa kemarau. | Berkeluh kesah tak tentu sebab. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti kucing biang, b. Seperti kucing keguguran anak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai galah di tengah arus. | Menggigil keras; selalu berkeluh-kesah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau laba bercikun-cikun, buruk diberitahu orang. | Bila beroleh kesenangan, diam saja; tetapi bila menderita susah berkeluh kesah atau minta tolong pada orang lain. bercikun-cikun = bersembunyi-sembunyi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |