| Berketak ayam mandul; orang berketak ia berketak, orang bertelur ia tidak. | Orang yang bernasib malang, walau bagaimanapun meniru orang lain, tetapi nasibnya tetap tidak berubah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berketak dulu sebelum bertelur. | Bersuka-ria dan bermegah-megah kerana mengharapkan keuntungan daripada sesuatu pekerjaan yang belum dilakukan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berketak ayam, tahu akan bertelur atau tidak. | Orang yang bijaksana itu, apabila mendengar orang bercakap, tahu ia benar atau bohong, berilmu atau tidak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berketak ayam di darat, bersenyap-senyap mutiara di laut. | Orang bodoh suka menunjukkan kerja yang dibuatnya, tetapi orang yang bijaksana membuat kerja hanya dengan diam-diam saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |