Nibung bangsai bertaruk muda. | Orang tua yang berlagak muda. bangsai = rapuh dan buruk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sumpit penuh tidak berisi. | Orang bodoh yang berlagak seperti orang pandai-pandai; orang miskin yang berbuat seperti orang kaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bodoh tak dapat diajar, pandai tak dapat mengajar. | Berlagak pandai dan tiada mahu menurut bicara orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bingung tak dapat diajar, cerdik tak dapat diikuti). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bingung tak dapat diajar, cerdik tak dapat diikuti. | Berlagak pandai dan tiada mahu menurut bicara orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belum pandai membuang hingus sudah hendak berjuang lidah. | Hendak berlagak seperti orang tua-tua. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum betul membilang jari, sudah hendak berkuasa sendiri, b. Belum lepas tali uri sudah hendak bangkit berdiri). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belum lepas tali uri sudah hendak bangkit berdiri. | Hendak berlagak seperti orang tua-tua. (Peribahasa lain yang sama makna: Belum betul membilang jari, sudah hendak berkuasa sendiri). uri = tembuni. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belum betul membilang jari, sudah hendak berkuasa sendiri. | Hendak berlagak seperti orang tua-tua. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Baru belajar duduk, lepang sudah hendak memanjat tiang. | Belum lagi cukup umur sudah hendak berlagak seperti orang tua-tua. lepang = sejenis pohon. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |