| Rambut sama hitam, hati masing-masing berlainan. | Tiap-tiap orang itu berlainan pendapatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Orang mencubit, kita menampar. | Berlainan perbuatan tetapi akibatnya sama merasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Diminta tebu diberi tembarau. | Yang diberi berlainan daripada yang diminta. tembarau = gelagah, temerau. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lain galang, lain perahu yang disorong. | Berlainan perbuatan daripada tujuannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti sayur dengan rumput. | Banyak bezanya; berlainan benar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti paruh dengan kepak. | Dua golongan yang berlainan tetapi bekerjasama. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lain di mulut, lain di hati. | Yang dikatakan berlainan dengan yang di dalam hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti garuk dengan sisir. | Dua orang yang bersaudara, tetapi berlainan kemahuan dan tabiatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seorang budi-budian, seorang tabung seruas. | Dua orang yang berlainan sifatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Orang itu empat gasal, lima genap. | Orang yang suka berbantah dan berlainan faham daripada orang banyak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |