Berlindung di balik telunjuk. | Rahsia yang tak dapat disembunyikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Punggur rebah, belatuk menumpang mati. | Apabila orang tempat berlindung jatuh miskin (kalah dan sebagainya), maka orang-orang yang berlindung atau anak buahnya pun akan mendapat bencana juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tinggi banir tempat berlindung. | Tabiat yang aneh atau keganjilan seseorang itu ada faedahnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bersandar di lemang hangat. | Berlindung kepada orang yang zalim, binasalah akhirnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hujan, tempat berteduh; panas, tempat berlindung. | Orang yang selalu memberi pertolongan kepada orang-orang yang mendapat kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terung buah bergantung, lobak buah berlindung. | Ada orang yang menampakkan kekayaannya dan ada pula orang yang menyembunyikannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kayu besar di tengah padang, tempat bernaung kepanasan, tempat berlindung kehujanan, uratnya tempat bersila, batangnya tempat bersandar. | Pemimpin yang menjadi tempat rakyat mengadukan nasibnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |