Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bermata

Puisi
 

Sayang jembalang bermata tujuh,
     Ditukang oleh tukang emas;
Jangan digusar jangan digaduh,
     Di dalam tangan digenggam kemas.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kena parang bermata dua.

Bermaksud :

Sangat menyakitkan perasaan hati.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bermata mata kayu, bertelinga telinga kuali.Tiada menaruh perhatian kepada apa yang dilihat dan didengar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kena parang bermata dua.Sangat menyakitkan perasaan hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti pedang bermata dua.Menarik keuntungan daripada kedua belah pihak. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti parang [= pisau] mata dua).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti kena pedang bermata dua.Sakit hati kerana disindir. (Peribahasa lain yang sama makna: Kena parang bermata dua).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cincin emas takkan tampan bermata kaca.Gadis yang elok dan hartawan takkan sejodoh dengan orang yang miskin dan hodoh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tanam tiada berbenih, tumbuh tiada bermata.Anak yang dilahirkan di luar nikah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti parang (= pisau) mata dua.Menarik keuntungan daripada kedua belah pihak. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti pedang bermata dua).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas