Memanjat bersengkelit. | Belum berpengalaman. sengkelit = tali yang diikatkan pada kedua belah kaki untuk memudahkan memanjat pohon yang tinggi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Darah setampuk pinang. | Belum berpengalaman. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Merasai asin garam. | Merasai kesusahan dan kesukaran; berpengalaman banyak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Umur setahun jagung, darah setampuk pinang. | Belum berpengalaman. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belayar bernakhoda, berjalan dengan yang tua, berkata dengan yang pandai. | Segala pekerjaan, baik dikerjakan dengan pimpinan orang yang telah berpengalaman. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |