Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berpura

Peribahasa

Sembunyi-sembunyi puyuh.

Bermaksud :

Berpura-pura tidak mahu tahu akan perkara-perkara yang benar-benar akan terjadi; mencuba menutup-nutup perbuatan jahat yang sudah diketahui orang.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kerbau kandang, emas berpura.Harta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat. (Peribahasa lain yang sama makna: Emas berpeti, kerbau berkandang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sembunyi-sembunyi puyuh.Berpura-pura tidak mahu tahu akan perkara-perkara yang benar-benar akan terjadi; mencuba menutup-nutup perbuatan jahat yang sudah diketahui orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Longgar sendat, lapang bertukul.Berpura-pura menerima kebenaran, padahal sedikit pun tidak dimasukkan ke dalam ingatannya. (Bandingkan dengan: Masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Membuat diam-diam lepu.Berpura-pura baik sementara ada kesempatan untuk berbuat jahat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kepala yu, ekor babi.Suka berpura-pura atau bermuka dua.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Muka licin ekor penuh berkudis.Berpura-pura seperti orang kaya, sedangkan hidupnya melarat. (Bandingkan dengan: Muka licin, ekor berkedal).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sembunyi-sembunyi tuma; kepala tersorok ekor kelihatan.Berpura-pura tidak mahu tahu akan perkara-perkara yang benar-benar akan terjadi; mencuba menutup-nutup perbuatan jahat yang sudah diketahui orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Sembunyi-sembunyi puyuh).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Awak sakit daging menimbun.Orang kaya yang berpura-pura miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Awak kurus daging menimbun).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Awak kurus daging menimbun.Orang kaya yang berpura-pura miskin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bersesak berundur-undur, hendak lari malu, hendak menghambat tak lalu.Berpura-pura melawan, meskipun kesanggupan sudah tidak ada lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas