Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pu.sing] | برڤوسيڠ

Definisi : 1. berputar (baling-baling, kipas, roda, dll): enjin sebuah motokar ~ 4 12 kali tiap-tiap kali rodanya ~; bumi ~ di paku alamnya; 2. beralih hala, berubah arah: kanak-kanak disuruh menghadap ke arah utara, kemudian disuruh ~ ke arah timur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pu.sing] | برڤوسيڠ

Definisi : 1 bergerak berkeliling; berlegar: Setengah jam lamanya, kapal terbang itu ~ di atas bandar Kuala Lumpur sebelum mendarat di Subang. Selepas ~ di Kuala Lumpur, kami balik semula ke Kelang. 2 bergerak di atas paksinya sendiri (bkn roda, gasing dll); berputar; berkisar: Kipas itu ~ dgn ligatnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pusing
Kata Terbitan : berpusing, berpusing-pusing, memusingkan, pusingan, pemusingan,

Puisi
 

Burung merbuk burung merpati,
     Terbang berpusing hala bendang;
Wajah elok menawan hati,
     Siang malam hamba terkenang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Ibarat gasing: berpaku tetap berpusing,
     tak berpaku merayau.

Bermaksud :

Lelaki yang sudah beristeri, biar bagaimanapun ia berjalan namun ia tetap akan kembali ke rumahnya juga.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Berpusing-pusing seperti baling-baling.Kehidupan yang tiada tetap.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ibarat gasing: berpaku tetap berpusing, tak berpaku merayau.Lelaki yang sudah beristeri, biar bagaimanapun ia berjalan namun ia tetap akan kembali ke rumahnya juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti gajah berpaling.Kepayahan orang yang gemuk berpusing ke belakang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Di belakang ia menendang kita, bila di depan ia mengeting kita, jika di tengah ia berpusing ligat pula.Menghadapi seseorang yang kita kasihi, yang menyebabkan kita menjadi serba-salah. mengeting = memotong urat keting.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ditarik ia menanduk, digiring ia menyepak.Orang bodoh, yang tidak mahu menurut bicara orang. (Bandingkan dengan: a. Di belakang ia menendang kita, bila di depan ia mengeting kita, jika di tengah ia berpusing ligat pula, b. Diiringkan menyepak, dikemudiankan menanduk)Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Diiringkan menyepak, dikemudiankan menanduk.Keadaan yang serba salah, terutama dalam menghadapi orang bodoh; diajak berunding tak tentu fikirannya, tak diajak ia marah. (Bandingkan dengan: Di belakang ia menendang kita, bila di depan ia mengeting kita, jika di tengah ia berpusing ligat pula).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas