Bersahabat dengan juara, selilit benang bulang tahu juga. | Apabila jahat, lama-kelamaan kita akan menjadi jahat pula. benang bulang = benang pengikat taji ke kaki ayam yang akan disabung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai bersahabat dengan ular bisa. | Berkawan dengan orang yang jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau bersahabat cari sama babat. | Pilihlah kawan daripada golongan sendiri. babat = pasang, suku, golongan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti bangau kasihkan kerbau. | Bersahabat kerana ada kepentingan diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai inai dengan kuku. | Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai empedu lekat di hati). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai lesung dengan antan. | Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai empedu lekat di hati, b. Bagai inai dengan kuku, c. Bagai kuku dengan isi [= daging]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai empedu lekat di hati. | Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai kuku dengan isi (= daging). | Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai empedu lekat di hati, b. Bagai inai dengan kuku). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lupa mengingatkan, terlelap menjagakan. | Ingat mengingatkan antara orang yang bersahabat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai. | Lebih baik bersahabat dengan orang baik seorang daripada dengan orang jahat sekawan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |