Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sa.la.han] | برسالهن

Definisi : 1. berbeza drpd, berlainan: tempat itu sungguh baik, tiada ~ spt berita orang itu; 2. = bersalah-salahan ber­tentangan, tidak sesuai, tidak bersefahaman, berbantah: jangan kamu beri bercerai dan ~ ia dua bersaudara ini; menghukum sese-orang tanpa bukti yg nyata adalah ~ dgn hukum Allah; 3. Mn kurang sihat (badan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sa.la.han] | برسالهن

Definisi : 1 tidak sama (dgn); berbeza drpd; berlainan: Rupa paras gadis itu tidak ~ dgn rupa paras ibunya. 2 tidak sesuai (dgn); bertentangan (dgn): Ke­lakuan mereka itu ~ dgn adat resam orang-orang di sini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersalahan

Peribahasa

Lain sakit lain diubat,
     lain luka lain dibebat.

Bermaksud :

Jawab yang bersalahan dengan pertanyaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain biduk lain digalang).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Lain biduk lain digalang.Jawab yang bersalahan dengan pertanyaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain sakit lain diubat, lain luka lain dibebat). galang = penyangga, landasan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lain sakit lain diubat, lain luka lain dibebat.Jawab yang bersalahan dengan pertanyaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain biduk lain digalang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kena-kena seperti santan bergula, tak kena-kena bagai antan pukul kepala.Suatu perbuatan (perkataan) itu kalau bersalahan tafsirannya, jadi melarat; jika benar, jadi kebajikan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas