Bertongkat tebu. | Berjalan bersama-sama isterinya atau kekasihnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berarak tidak berlari. | Bekerja bersama-sama yang menggirangkan hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Macam orang biduk. | Orang yang makan dan minum bersama-sama tetapi bayar sendiri-sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebagai anak-anai bubus. | Keluar beramai-ramai, berduyun-duyun. bubus = keluar banyak bersama-sama. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menggelinjang-gelinjang seperti kambing berulit. | Sebagai kanak-kanak tingkah lakunya. gelinjang = mendompak-dompak; berulit = tidur bersama-sama. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Melangkah kaki kanan. | Sampai ke rumah orang ketika tuan rumahnya sedang makan atau baru hendak makan, sehingga kita diajaknya makan bersama-sama. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air surut kapar hilir bersama, air pasang ia tersangkut. | Di dalam usaha yang tidak menguntungkan, diajak bersama-sama, dan apabila usaha itu berhasil, ditinggalkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pisang sesikat gulai sebelanga, tanda muafakat bersama-sama. | Suka bertolong-tolongan satu sama lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berek-berek laga siang, malam sekelelapan. | Dua golongan yang lahirnya selalu berselisih tetapi batinnya semuafakat. berek-berek = burung yang suka berkawan-berkawan; sekelelapan = tidur bersama-sama. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Buruk dikembang pada orang, elok dipilih sama seorang. | Keburukan, kerugian atau kesusahan hendak ditanggung bersama-sama, tetapi kelabaan atau keuntungan dimakan seorang diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |