Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sau.da.ra] | برساودارا

Definisi : 1. mempunyai saudara: aku tidak ~ dan tidak berkeluarga; 2. adik-beradik: maka datang pula raja beruk empat ~; 3. ki mempunyai sifat (keadaan dll) yg hampir serupa: bakteria ialah sejenis tumbuhan yg ~ rapat dgn kulat; badan ~, emas takkan ~, kasih saudara sama ada prb bagaimana sekalipun orang berkasih-kasihan tetapi dgn mudah juga dapat diceraikan kerana orang lebih mengutamakan harta benda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sau.da.ra] | برساودارا

Definisi : 1 ada sau­daranya (adik-beradiknya, kaum keluarganya): Aku tidak ~ lagi. 2 adik-beradik: anak raja empat ~. 3 berhubungan sbg saudara: Semua orang Islam ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersaudara

Peribahasa

Seperti garuk dengan sisir.

Bermaksud :

Dua orang yang bersaudara, tetapi berlainan kemahuan dan tabiatnya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Badan bersaudara; emas perak tiada bersaudara; kasih saudara sama ada, kasih bapa menokok harta yang ada, kasih ibu sama rata; kasih sahabat sama binasa.Bagaimana sekalipun orang berkasih-kasihan, tetapi dengan mudah juga dapat diceraikan, kerana orang lebih mengutamakan harta-benda.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti garuk dengan sisir.Dua orang yang bersaudara, tetapi berlainan kemahuan dan tabiatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air ditetak tiadakan putus.Dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan. (Peribahasa lain yang sama makna: Air dicencang tiada putus).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air dicencang tiada putus.Dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biarpun setandan bagai kerambil, namun untung berlain-lain.Meskipun bersaudara, namun keadaan masing-masing tetap berlain-lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga.Jangan ikut campur dalam perselisihan orang bersaudara, apabila mereka berbaik kembali, kita akan tersisih ke tepi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas