Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sa.wah] | برساوه

Definisi : 1. mempunyai sawah: orang-orang kita yg tidak ~ biasanya membeli beras dr kedai; 2. = menyawah bekerja menanam padi di sawah, mengerjakan sawah: kerja Tuk Mat sehari-hari ialah menoreh getah dan ~; ~ seperempat piring, ke sawah sama dgn orang prb orang miskin yg berlagak spt orang kaya-kaya; ~ sepiring tidak akan tempat se-pasin bertanya prb peri kemiskinan yg amat sangat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sa.wah] | برساوه

Definisi : 1 ada sawahnya: Di kampung ini, hampir semua orang ~. 2 bekerja tanam-menanam di sawah; mengusahakan sawah: Selain menoreh getah, mereka ~ juga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sawah (kata nama)
Bersinonim dengan bendang, baruh, paya, ladang;,
Kata Terbitan : bersawah, pesawah,

Peribahasa

Bersawah seperempat piring,
     ke sawah sama dengan orang.

Bermaksud :

Orang miskin yang berkelakuan seperti orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: Berkerbau seperempat ekor, berkandang sebagai orang).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bersawah sepiring tidak, 'kan tempat sepasin bertanya.Kemiskinan yang amat sangat. sepasin = binatang yang akan menjadi sepatung.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bersawah seperempat piring, ke sawah sama dengan orang.Orang miskin yang berkelakuan seperti orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: Berkerbau seperempat ekor, berkandang sebagai orang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bertunjang kayu ara, bertunjang pula mali-mali.Orang miskin yang berkelakuan seperti orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkerbau seperempat ekor, berkandang sebagai orang, b. Bersawah seperempat piring, ke sawah sama dengan orang). mali-mali = sebangsa tumbuhan yang mempunyai tunjang juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas